Ramadhan merupakan bulan suci bagi masyarakat Islam yang disemarakkan dengan aktiviti kerohanian. Berpegang kepada prinsip kepelbagaian dalam keharmonian, pihak Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa pada malam 12 Mac untuk memupuk semangat muhibbah serta mengukuhkan jalinan budaya antara warga sekolah.
Majlis yang berlangsung di Royal Gallery Tuanku Ja’afar ini turut dihadiri oleh Pengetua Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban, Dr. Sua Sin Zang, Penolong Pengetua, Encik Lee Kah Seng, serta kakitangan pejabat pengetua. Kehadiran mereka adalah untuk beramah mesra dengan keluarga para guru yang berbangsa Melayu dan kakitangan sekolah, sambil merasai sendiri kemeriahan suasana berbuka puasa.
Dalam majlis tersebut, Tuan Pengetua turut menyampaikan kuih raya dan sampul duit raya kepada guru-guru dan kakitangan beragama Islam. Diharapkan program ini menjadi wadah untuk meningkatkan persefahaman budaya dan saling menghormati, serta akan diteruskan sebagai aktiviti pertukaran budaya pada masa hadapan.
Kepelbagaian budaya merupakan kebanggaan Malaysia. Setelah berlalunyanya Tahun Baru Cina, kini kita menyambut kemeriahan Aidilfitri pula. Dalam suasana “Dua Perayaan” (Kongsi Raya) yang ceria ini, marilah kita menghargai keharmonian dan semangat setiakawan antara kaum yang terjalin selama ini.
Sambil berganding bahu, marilah kita terus memelihara keindahan dan keharmonian milik Malaysia dan juga milik kita di Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
📌【多彩多姿 多元共荣|学校斋戒月活动】
斋戒月是穆斯林的年度盛事,旨在通过虔诚的精神活动来增添斋戒月的神圣氛围,学校秉持多元共荣的理念,在3月12日晚间特别举办了开斋晚宴,旨在培养教职员之间亲善友爱精神与文化交融。
此次开斋活动的地点为森美兰皇家画廊(Royal Gallery Tuanku Ja’afar),邀请了校长蔡亲炀博士、副校长李家成,与校长室成员共同参与,和芙中友族老师、行政人员和家人齐聚一堂,亲身体验斋戒月开斋的文化与热闹氛围。
校长也在现场给友族教师派发开斋节礼物,同时希望这项活动能促进各族群教职员之间的文化理解与相互包容,接下来也会持续安排各种多元文化交流的活动。
马来西亚多元文化是大马最值得骄傲的特色,农历新年才刚过去,如今迎来了开斋佳节,在这个双佳节的喜庆时刻,我们应当珍惜这多元共存的和谐与族群之间的友谊。
让我们手牵手,共同守护这份属于马来西亚、属于芙中的和谐之美。
祝愿大家开斋节快乐,幸福安康!
#芙蓉中华中学 #芙蓉中华 #芙中
#ChungHuaHighSchoolSeremban #CHHS #CHHSBAN











.jpg)



