2025年8月16日(星期六),芙蓉中华中学迎来波德申中华中学国文组教师一行人,共同展开一场旨在提升国文教学水准的交流活动。
本次交流活动由两校各派出国文科主任率领5位教师参与。活动伊始,芙中校长蔡亲炀博士感谢波德申中学国文组教师的来访,并分享学校学术发展与学生表现的教学心得。他希望双方能建立长期联系,互相交流,共同为国家培育新生代。
随后,波德申中学国文科主任 Jemiah 老师简单介绍该校的概况,并感谢芙中的盛情接待。初中组国文科主任钟佩利老师则介绍了本校国文科课程与课外活动的安排。
在座谈与互动环节中,双方教师围绕教学技巧、课堂设计、如何激发学生学习马来文的兴趣与提升考试表现等主题展开交流。通过思想与经验的碰撞,大家都获得了新的启发。
简报结束后,教师们在校方带领下参观了校园,包括设计独特、充满学习氛围的图书馆,以及承载学校百年历史的校史馆。最后,双方共进午餐,在轻松的氛围中继续交流与联谊。
芙中衷心感谢波德申中学国文组的来访。愿未来双方携手努力,在培养学生语言能力的同时,也培育出具有多元局格与爱国热枕的时代青年。
🤝 🤝 🤝 🤝 🤝 🤝
Pada 16 Ogos 2025 (Sabtu), Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban telah menerima kunjungan daripada guru-guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Chung Hua Port Dickson bagi mengadakan sesi interaksi yang bertujuan meningkatkan mutu pengajaran Bahasa Melayu.
Program ini disertai oleh seramai lima orang guru dari kedua-dua buah sekolah yang diketuai oleh Ketua Bidang Bahasa Melayu masing-masing.
Pada awal sesi, Pengetua Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban, Dr Sua Sin Zhang, mengucapkan terima kasih atas kesudian guru-guru Sekolah Menengah Chung Hua, Prot Dickson memilih untuk berkunjung ke sekolah kami. Secara ringkas, beliau telah berkongsi beberapa perkara berkaitan perkembangan pencapaian akademik sekolah di samping memberikan beberapa cadangan untuk meningkatkan prestasi para pelajar.
Beliau juga berharap agar kedua-dua belah pihak dapat menjalinkan hubungan serta saling bertukar pandangan demi mencapai matlamat melahirkan generasi muda yang berilmu.
Seterusnya, Ketua Bidang Bahasa Melayu Sekolah Menengah Port Dickson, Cikgu Jemiah memberikan ucapan dan menerangkan secara ringkas berkaitan Sekolah Menengah Chung Hua Port Dickson.
Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian pihak kami menerima kunjungan mereka. Sesi interaksi diteruskan dengan pembentangan aktiviti Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Tinggi Chua Hua Seremban oleh Ketua Bidang (Menengah Rendah), Cikgu Choong Pei Lee.
Pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulm yang dijalankan telah dikongsikan oleh Cikgu Choong semasa sesi pembentangan tersebut.
Perbincangan terbuka antara guru-guru kedua-dua buah sekolah dikongsikan terutamanya teknik yang digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pertukaran idea untuk menarik minat para pelajar menguasai pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan bagi subjek Bahasa Melayu juga dibincangkan bersama.
Selepas sesi pembentangan, para guru dibawa melawat sekitar kawasan sekolah, termasuk perpustakaan yang mempunyai reka bentuk unik dan kondusif untuk pembelajaran, serta Arkib Sekolah yang menyimpan sejarah penubuhan sekolah. Lawatan diakhiri dengan jamuan makan tengah hari yang berlangsung dalam suasana mesra dan penuh keakraban.
Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Chung Hua Port Dickson atas kunjungan mereka. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan demi melahirkan generasi muda yang berkemahiran bahasa, berwawasan serta berjiwa patriotik.
#芙蓉中华中学 #芙蓉中华 #芙中
#ChungHuaHighSchoolSeremban #CHHS #CHHSBAN