Pasukan Forum Sekolah Chung Hua

DSC00448
DSC00404
DSC00473
DSC00480
DSC00367
DSC00391
DSC00422
DSC00433
DSC00441
previous arrow
next arrow

Demi memperkukuh persediaan menjelang Pertandingan Forum Pelajar 2025 (Zon C), Pasukan Forum Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban telah berjaya melaksanakan satu sesi raptai rasmi.

Program yang berobjektifkan pendedahan dan pemantapan prestasi ini bukan sahaja memberikan ruang kepada Pasukan Forum melakukan persediaan akhir malah turut menjadi platform untuk memperkenalkan Forum Bahasa Melayu kepada murid-murid yang hadir.

Objektif lain termasuklah merangsang minat terhadap aktiviti berbahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah.

Majlis dimulakan dengan ketibaan dif-dif jemputan serta para pelajar dari kelas J3A, J3B dan S1B. Ucapan pembuka telah disampaikan oleh Ketua Panitia Bahasa Melayu, diikuti oleh amanat daripada Tuan Pengetua, Dr. Sua Sin Zang, yang memberikan suntikan semangat kepada para peserta.

Sesi forum bermula tepat jam 1.25 petang, dengan barisan peserta yang mantap terdiri daripada:

Pengerusi: Melva Lim Qian Tong (S1B)

Ahli Panel 1: Elisha Loke Qing Ee (S2B)

Ahli Panel 2: Renae Lee Szi Rui (S2A)

Ahli Panel 3: Foong Zi Xuan (S2A)

Ahli Simpanan: Brandon Lock Lige (AC2A)

Mereka telah membentangkan hujah dan menjawab soalan spontan dengan yakin serta berwibawa, disambut dengan tepukan gemuruh daripada penonton. Persembahan tersebut turut disusuli sesi komen dan kata-kata motivasi oleh dif-dif jemputan, guru-guru Bahasa Melayu dan Ketua Panitia yang memberikan maklum balas membina serta galakan kepada pasukan.

Raptai ini berjaya mewujudkan suasana pertandingan sebenar, sekali gus memperkukuh keyakinan dan kesiapsiagaan pasukan forum menjelang peringkat Zon C yang akan berlangsung esok, 21 Jun 2025 (Sabtu), di Sekolah Menengah Persendirian Cina Chong Hwa Kuala Lumpur.

Semoga Pasukan Forum Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban terus melakar kejayaan yang cemerlang serta mengharumkan nama sekolah di persada pertandingan Bahasa Melayu!

#芙蓉中华中学#芙中

#ChungHuaHighSchoolSeremban#CHHS#CHHSBAN