SPM国文考试作答技巧说明会

📌备考应战 | SPM国文考试作答技巧说明会
📌Ceramah Teknik Menjawab Kertas 1 dan 3 Bahasa Melayu SPM

为了协助2026年高二SPM考生更有信心地应对考试,国文组主任Cikgu Jumarni 特别在8月15日为学们准备了一场有关SPM国文试卷一、试卷三作答技巧的讲座会,共有205名来自S2A、S2B、AC2A及C2A班的学生参加。

本次说明会特别邀请了来自吉隆坡SMK Seri Mulia的资深教师 Cikgu Haslindar Nor Binti Ismail担任主讲人,她曾获马来文卓越教师奖项,也参与教育部的国文课本编写,以及是YAPIEM SPM国文模块编审委员。

讲座内容涵盖作文写作技巧、口试应答技巧、作文题目分析,以及试卷一高效作答策略以及考试实用贴士等,为全体学生带来了极大的鼓舞与激励。

学生不仅深入了解了SPM考试的实际题型与格式,也学习了如何妥善分配作答时间,以及避免考试中常见的错误。

校方谨向Cikgu Haslindar致以诚挚谢意,感谢她毫无保留地分享丰富而实用的经验与知识,希望通过此次讲座,所有SPM考生都能进一步提升学习表现,并在马来文科目中取得优异成绩。

Bagi membantu calon SPM 2026 menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin, satu ceramah tentang Teknik Menjawab Kertas 1 dan Kertas 3 Bahasa Melayu SPM telah diadakan. Seramai 205 orang pelajar yang terdiri daripada kelas S2A, S2B, AC2A dan C2A telah menghadiri ceramah tersebut.

Penceramah jemputan bagi program ini ialah Cikgu Haslindar Nor Binti Ismail dari SMK Seri Mulia, Kuala Lumpur. Beliau merupakan Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Penulis Buku Teks KPM dan Panel Penggubal Modul Bahasa Melayu SPM YAPIEM.

Beliau banyak berkongsi ilmu dan strategi yang amat berguna. Antara topik yang dibincangkan ialah Teknik Karangan Cemerlang, Kemahiran Bertutur Kertas 3, Analisis Soalan Karangan, Strategi Menjawab Berkesan untuk Kertas 1 serta Tips Praktikal Peperiksaan.

Slogan program “Kuasai Teknik, Tingkatkan Keyakinan, Raih Kejayaan” telah memberikan motivasi kepada semua pelajar.. Majlis ini telah dikendalikan dengan lancar oleh Cikgu Vincent Woon selaku Pengacara Majlis.

Pelajar bukan sahaja didedahkan dengan format soalan SPM yang sebenar, malah mereka juga belajar cara mengurus masa dan mengelakkan kesalahan umum semasa menjawab.

Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Haslindar atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Diharapkan dengan pendedahan ini, semua calon SPM dapat meningkatkan prestasi dan memperoleh keputusan cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.