SPM 马来文试卷二答题技巧讲座

📌 SPM 马来文试卷二答题技巧讲座
📌 Ceramah Teknik Menjawab Kertas 2 Bahasa Melayu SPM


为了帮助SPM考生更有信心面对考试,国文组科主任Jumarni在9月19日上午安排了一场《SPM马来文试卷二答题技巧讲座》,让203名应考学生参与其钟。

本次活动的特邀主讲人为来自吉隆坡 SMK Seri Mulia 的 Haslindar Nor Binti Ismail 老师,她是马来文科卓越教师、教育部(KPM)课本作者,同时也是 YAPIEM SPM 马来文模块的编写小组专家。

凭着 25 年的丰富教学经验,她分享了许多非常实用的知识与策略,讨论的内容包括普通文本与文学文本理解题的答题技巧,以及学生如何从所提供的材料中,掌握在第1题和第2题中斩获高分的技巧。

此外,学生也学习到了如何利用简单易懂的技巧,高效地撰写摘要(Rumusan)以及实用的应考技巧,活动的口号——「掌握技巧、提升信心、赢得成功」,讲座在Siti Khatijah 老师的主持下圆满进行。

学生不仅深入了解了 SPM 的真实考试格式,还学会了如何管理时间以及避免答题时的常见错误。

芙中谨向 Haslindar 老师表达衷心的感谢,感谢她所带来的宝贵知识分享。希望通过此次学习,所有 SPM 考生都能提升表现,并在马来文科目中取得优异成绩。

☘️☘️☘️☘️

Ceramah Teknik Menjawab Kertas 2 Bahasa Melayu SPM Bagi membantu calon SPM 2026 menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin, satu ceramah tentang Teknik Menjawab Kertas 2 Bahasa Melayu SPM telah diadakan.

Program ini dianjurkan oleh Ketua Bidang Bahasa Melayu Cikgu Jumarni Saleng, Seramai 203 orang pelajar menghadiri ceramah tersebut.

Penceramah jemputan bagi program ini ialah Cikgu Haslindar Nor Binti Ismail dari SMK Seri Mulia, Kuala Lumpur. Beliau merupakan Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Penulis Buku Teks KPM dan Panel Penggubal Modul Bahasa Melayu SPM YAPIEM.

Dengan pengalaman mengajar selama 25 tahun, beliau banyak berkongsi ilmu dan strategi yang amat berguna. Antara topik yang dibincangkan ialah Teknik Menjawab Soalan Pemahaman Petikan Umum dan Petikan Sastera, kaedah untuk pelajar skor markah untuk soalan 1 dan 2 yang boleh diperoleh daripada bahan yang disediakan.

Selain itu, pelajar turut didedahkan Penulisan Rumusan yang berkesan dengan menggunakan tips yang mudah untuk difahami. Tips Praktikal Peperiksaan. Slogan program “Kuasai Teknik, Tingkatkan Keyakinan, Raih Kejayaan” telah memberikan motivasi kepada semua pelajar.

Pelajar bukan sahaja didedahkan dengan format soalan SPM yang sebenar, malah mereka juga belajar cara mengurus masa dan mengelakkan kesalahan umum semasa menjawab.

Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Haslindar atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Diharapkan dengan pendedahan ini, semua calon SPM dapat meningkatkan prestasi dan memperoleh keputusan cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.